Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Penipuan Kewangan)

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Microsoft Word - Border Art) dan Advokasi (Penipuan Kewangan). Objektif kelas petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Kewangan dan Microsoft Word – Border Art. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Penipuan Kewangan ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan sepintas lalu jenis-jenis dan contoh-contoh kes serta cara mengatasi Penipuan Kewangan ini dari terus berlaku.

Manakala dalam Kelas ICT, peserta-peserta menggunakan Microsoft Word untuk membuat Border Art. Peserta diajar bagaimana menggunakan Border & Shading – Page Border – Art. Hasil dari Kelas ICT ini, rata-rata peserta dapat melakar Border mereka dengan menarik sekali dengan pemilihan Art yang cantik serta pemilihan warna yang menarik..

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT 60% peserta dapat melakarkan Border Art mereka dengan cantik dan menarik. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri Kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan dalam pembelajaran mereka sepanjang persekolahan mereka.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali